Tuesday, March 16, 2010

BERTEMU RAKAN LAMA SE MAKTAB DI MPLP

Hampir 30 tahun tak bertemu setelah berpisah sejak tamat pengajian di Maktab Perguruan Lempah Pantai Kuala Lumpur.  Kami semua beruntung kerana belajar tahun pertama di Maktab Perguruan Jalan Raja Muda dan di tahun ke dua di Maktab Perguruan Lempah Pantai Kuala Lumpur. Maktab Perguruan Jalan Raja Muda telah ditutup pada tahun 1979 setelah kami selesai pengajian tahun pertama.

Gambar di atas adalah di ambil semasa saya singgah di rumah Tn. Hj. Isnaini bin Sanusi beralamat Batu 7 1/2 Jalan Besar, Sungai Besar, Selangor.

Walau pun singkat pertemuan itu tetapi amat bermakna dengan mengimbau kembali kisah silam dan bertanya khabar akan rakan-rakan lama yang masih dapat berhubung.

InsyaAllah dipanjangkan umur akan bertemu lagi dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment