Monday, March 22, 2010

LAWATAN KE HATYAI THAILAND PADA 18 MAC HINGGA 20 MAC 2010

Kami telah sampai ke Songkhla pada pukul 10 pagi.
Terus ke pantai melihat tasek dan pantai di Songkhla. 




Lepas makan tenghari kami masuk hotel



Kami bersiar dan membeli belah menaiki tut tut

Kami melawat di pasar terapong di hatyai




Tuesday, March 16, 2010

BERTEMU RAKAN LAMA SE MAKTAB DI MPLP

Hampir 30 tahun tak bertemu setelah berpisah sejak tamat pengajian di Maktab Perguruan Lempah Pantai Kuala Lumpur.  Kami semua beruntung kerana belajar tahun pertama di Maktab Perguruan Jalan Raja Muda dan di tahun ke dua di Maktab Perguruan Lempah Pantai Kuala Lumpur. Maktab Perguruan Jalan Raja Muda telah ditutup pada tahun 1979 setelah kami selesai pengajian tahun pertama.

Gambar di atas adalah di ambil semasa saya singgah di rumah Tn. Hj. Isnaini bin Sanusi beralamat Batu 7 1/2 Jalan Besar, Sungai Besar, Selangor.

Walau pun singkat pertemuan itu tetapi amat bermakna dengan mengimbau kembali kisah silam dan bertanya khabar akan rakan-rakan lama yang masih dapat berhubung.

InsyaAllah dipanjangkan umur akan bertemu lagi dengan rakan-rakan yang lain.

Tuesday, March 9, 2010

BERCUTI DI TAMAN NEGARA ( SELAI )






Pada 17 Februari hingga 18 Februari 2010 kami telah bercuti di Taman Negara Selai.

Kami sampai di Selai lebih kurang pukul 11 pagi. Sebelum masuk ke Taman Negara Selai kami telah mendaftarkan diri di Pejabat Perhutanan di Bekok Segamat. Di situ kami diberitahu bahawa kami tidak dibenarkan memancing di Lubuk Merekek. Kat situ kami semua rasa hampa kerana salah satu aktiviti yang kami rancang adalah untuk memancing di kolam Merekek. Walaubagaimana pun kami dibenarkan juga memancing di kawasan yang bukan kawasan larangan. Terima Kasih kepada Jabatan Hutan. Dapat jugalah anak-anak ikan dan ikan baung.

Percutian kami agak terganggu kerana pada petang dan malam hingga ke pagi esoknya cuaca hujan. Sebelum kami masuk, difahamkan telah 2 bulan tidak hujan di kawasan tersebut. Rezeki kami agaknya.

Monday, March 8, 2010

KARNIVAL MEMANCING BAKES PPD MUAR 2010





MUAR- Karnival memancing anjuran BAKES, PPD Muar telah berlangsung pada 21 Februari 2010 bertempat di Kompleks Marina, Tanjong Emas, Muar. Hadiah disampaikan oleh Tn. Haji Ramli Bin Abd Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Muar.

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU PROJEK RMKe-9 DAERAH MUAR