Tuesday, March 9, 2010

BERCUTI DI TAMAN NEGARA ( SELAI )






Pada 17 Februari hingga 18 Februari 2010 kami telah bercuti di Taman Negara Selai.

Kami sampai di Selai lebih kurang pukul 11 pagi. Sebelum masuk ke Taman Negara Selai kami telah mendaftarkan diri di Pejabat Perhutanan di Bekok Segamat. Di situ kami diberitahu bahawa kami tidak dibenarkan memancing di Lubuk Merekek. Kat situ kami semua rasa hampa kerana salah satu aktiviti yang kami rancang adalah untuk memancing di kolam Merekek. Walaubagaimana pun kami dibenarkan juga memancing di kawasan yang bukan kawasan larangan. Terima Kasih kepada Jabatan Hutan. Dapat jugalah anak-anak ikan dan ikan baung.

Percutian kami agak terganggu kerana pada petang dan malam hingga ke pagi esoknya cuaca hujan. Sebelum kami masuk, difahamkan telah 2 bulan tidak hujan di kawasan tersebut. Rezeki kami agaknya.

2 comments:

  1. Salam:
    Tahniah kerana sudah ada blog sendiri. Mudah2an blog ini dijadikan satu ruang untuk kita berinteraksi dan ruang untuk berdakwah demi kebaikan manusia sejagat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dapat luangkan masa melihat blog kami yang baru hendak dikenali. InsyaAllah dapat memanjangkan silatulrahim sesama kita.

    ReplyDelete